Blogger Widgets

Tuesday, February 14, 2012

air dan wanita

Kenapa tetiba cakap pasal air dn wanita?? Apa kaitan wanita dengan air? 
Sebenarnya, sifat-sifat air banyak terdapat dalam diri wanita.. 
Sebagai contoh, walaupun air itu lembut, ia tetap dapat menghancurkan seketul batu walaupun mengambil masa yg lama.. Ini terbukti begitu kuatnya pengaruh wanita sehingga salah seorang maharaja china boleh kehilangan takhtanya disebabkan mereka.. 
Hanya kerana wanita juga, Taj Mahal yg menjadi salah 1 dari 7 keajaiban dunia gah terbina.. Tanpa air, manusia tidak dapat meneruskan hidup lebih dari 3 hari.. 
Begitu juga lelaki, tanpa wanita yg menjadi pemangkin semangat masakan mereka dapat mendaki hingga ke puncak kejayaan.. 
70peratus permukaan bumi yg kita duduki ini terdiri dari air.. Betul bukan? 
Tidakkah ianya menepati keadaan sekarang di mana wanita lebih ramai menghuni permukaan bumi ini berbanding lelaki..
Bagaimana pula dengan perubahan molekul air? 
Bila dipanaskan, ianya akan brtukar menjadi wap, dan bila ia disejukkan, ianya bertukar menjadi ais.. Ini menunjukkan sifat air itu tidak stabil.. 
Dalam erti kata lain, emosi wanita sukar untuk dikawal.. 
Sukar untuk menjangka tindakan yg bakal dilakukan wanita bila emosi menguasai diri.. 
Walau apa pun, lelaki tetap memerlukan seorang wanita untuk berkongsi suka duka, kejayaan, kekecewaan, cinta dan sayang sebagaimana pentingnya air kepada manusia.. so 
hargailah wanita.. jagalah hati mereka..

No comments:

Post a Comment